Modul Pengajian
DTUQ merupakan sebuah institusi pendidikan dan Pengajian hafazan Al-Quran swasta. Antara modul pengajian yang terdapat di Darul Tahfiz Ummul Qura adalah;
Kelas Tahmid
Kelas persedian dengan memperkenalkan terlebih dahulu akan 6 prinsip asas bagi seseorang pelajar untuk membolehkannya membaca al-Quran dengan baik dan tambahan ilmu membaca rumi, jawi, bahasa Arab, fardhu ‘Ain dan akademik secara asas.
Kelas Tahfiz
Kelas khusus menghafaz 30 juzuk dalam masa 3 tahun. Para pelajar dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 10 juzuk setahun. MemerIukan tumpuan yang khusus & tidak dicampur dengan mata pelajaran laIn dalam satu masa.
Kelas Nazirah
Kelas penekanan khusus dalam pembacaan Al-Quran 30 juzuk dari segi sebutan (makhraj sifat huruf dan ilmu tajwid dengan melihat mushaf Al-Quran. Pelajar diberi tambahan pelajaran ilmu fardhu ‘ain, tulisan jawi dan bahasa Arab menengah rendah.
Kelas Kepakaran Tahfiz
Kelas khusus bagi pelajar yang telah tamat menghafaz keseluruhan Al-Quran bagi mendapatkan Sijil Syahadah Tahfiz Al-Quran. Terdapat beberapa penekanan yang diberikan di dalam kelas ini antaranya seperti…
DTUQ amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dan waqaf dari mana-mana pihak yang ingin menyumbang. Ini kerana kos perbelanjaan harian dan kelangkapan pendidikan di DTUQ masih terhad dan sentiasa memerlukan penambahbaikkan.