skip to Main Content
Darul Tahfiz Ummul Qura

DARUL TAHFIZ UMMUL QURA JALAN KEBUN (DTUQ) asalnya MA’AHAD TAHFIZ BUSTANUL ‘USSYAQ1L QURAN yang bertempat di rumah sewa lorong Hj. Hussain, Jalan Kebun pada tahun 2003 dengan jumlah pelajar 12 orang dibawah bimbingan seorang guru hafiz Al-Quran. Setelah etahun datanglah beberapa orang ibubapa yang ingin memasukan anak mereka yang didapati selalu ponteng sekolah, malas, nakal dan telah bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga tidak terkawal.

Harapan mereka agar anak-anak ini dapat didedahkan kepada pendidikan agama, khususnya Al-Quran Al-Karim dan terdidik dengan akhlak Islam.

Dalam tahun 2004 hingga 2007 pelajar meningkat lagi kepada 35 orang yang menyebabkan kami berpindah dan menyewa ditempat yang lebih besar dan luas iaitu di lorong Hj.Said, berhadapan padang golf pada tahun 2008 yang mana pelajar ketika itu meningkat bilangan berjumlah 53 orang.

Kini DTUQ Jalan Kebun meningkat lagi kepada 80 orang pelajar tetap dan dibimbing oleh 6 orang guru hafiz dan dijangka pertambahan pesat akan terus berlaku berdasarkan senario semasa dimana setiap tahun ada permintaan untuk kemasukan pelajar baru.

Alhamdulillah, DTUQ mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Muharam 1429 Hijriah bersamaan 10 Januari 2008 dengan bilangan pelajar 53 orang. Kini 2012 DTUQ Jalan Kebun meningkat lagi kepada 80 orang pelajar dan dijangka pertambahan akan terus berlaku berdasarkan senario semasa.

Back To Top

Copyright © Darul Tahfiz Ummul Qura.
All Right Reserved.

Website by: Papadom Marketing & F.