Sasaran kami dimadrasah ini adalah untuk melahirkan para Huffaz yang benar-benar memelihara dan menjaga serta mengingati apa yang dihafaz daripada lupa dan salah, menjaga keasliannya dari segi tanda, bacaan,susunan, tulisan dan sebagainya daripada sebarang penyelewengan, pemalsuan dan dari ditokok tambah.
Teknik penghafazan yang kami gunakan iaitu dengan cara pembacaan dan penghafazan yang berulang-ulang setiap hari mengikut juzuk-kejuzuk. Ini memerlukan tumpuan yang khusus, tidak dicampur aduk dengan pelajaran yang lain dalam satu masa. Pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan lain-lain dibuat pada hari sabtu dan ahad.
DARUL TAHFIZ UMMUL QURA JALAN KEBUN ( DTUQ ) merupakan sebuah institusi pendidikan dan Pengajian hafazan Al-Quran swasta.
Modul pengajian yang terdapat di Darul Tahfiz Ummul Qura
Kelas Tahmid
Kelas persedian dengan memperkenalkan terlebih dahulu akan 6 prinsip asas bagi seseorang pelajar untuk membolehkannya membaca al-Quran dengan baik dan tambahan ilmu membaca rumi, jawi, bahasa Arab, fardhu ‘Ain dan akademik secara asas.
6 bulan
Umur10 - 13 tahun
Kelas Nazirah
Kelas penekanan khusus dalam pembacaan Al-Quran 30 juzuk dari segi sebutan (makhraj sifat huruf dan ilmu tajwid dengan melihat mushaf Al-Quran. Pelajar diberi tambahan pelajaran ilmu fardhu ‘ain, tulisan jawi dan bahasa Arab menengah rendah.
6 bulan
Umur10 - 13 tahun
Kelas Tahfiz
Kelas khusus menghafaz 30 juzuk dalam masa 3 tahun. Para pelajar dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 10 juzuk setahun. MemerIukan tumpuan yang khusus & tidak dicampur dengan mata pelajaran laIn dalam satu masa.
3 tahun
Umur10 - 13 tahun
Kelas Kepakaran Tahfiz Peringkat Syahadah
Kelas khusus bagi pelajar yang telah tamat menghafaz keseluruhan Al-Quran bagi mendapatkan Sijil Syahadah Tahfiz Al-Quran. Terdapat beberapa penekanan yang diberikan di dalam kelas ini antaranya seperti…
1 tahun
UmurTiada had umur
Kelas Kepakaran Tahfiz Peringkat Syahadah
Kelas kepakaran ini menqambil masa lebih kuranq 1 tahun. Kelas ini khusus untuk para pelajar yang telah tamat menghafaz keseluruhan Al-Quran. Untuk mendapatkan Sijil Syahadah Tatifiz al-Quran, para Huffaz ini akan diberi penekanan mengenai:
- Kelancaran hafazan.
- Bacaan yang tepat.
- Bacaan yang bertajwid,
- Sebutan makhraj huruf yang betul.
- Mahir tentang ayat-ayat mutasybihat.
- Mahir tentang nama urutan surah-surah.
- Mahir tentang tanda-tanda berhenti pada ain.
Perinqkat Pertama
Pelajar akan membuat pengulangan dengan menyemak pelajarannya sebanyak satu perdua juzuk setiap hari dihadapan guru selama 4 bulan. Bacaan hendaklah dilakukan dengan penuh teliti. Disamping itu, pelajar perlu juga memperdengarkan juzuk-juzuk lain sebanyak 2 atau 3 juzuk sehari.
Perinqkat Kedua
Pada peringkat ini, pelajar membuat pengulangan dan penyemakan hafazannya sebanyak satu perdua juzuk setiap hari selama 2 bulan. Juzuk-juzuk lain sebanyak 5 hingga 7 juzuk perlu juga diperdengarkan.
Perinqkat Ketiga
Pada tahap ini pula, pelajar dikehendaki membaca sebanyak 3 juzuk setiap hari dihadapan guru. Pelajar juga mesti membaca berseorangan sebanyak 15 juzuk sehari selama 2 bulan berturut-turut.
Perinqkat Keempat
Pada peringkat akhir ini, pelajar hendaklah membaca keseluruhan Al-Quran 30 juzuk setiap hari selama 40 hari, Semasa melakukan bacaan, pelajar tersebut tidak dibenarkan melihat Mushaf Al-Quran kecuali apabila berlaku kesilapan.
KEJAYAAN dan NATIJAH
Sekiranya setiap para Huffaz dapat mengikuti semua tertib yang telah dinyatakan tadi, Insya Allah para Huffaz tadi akan berjaya menjadi seorang Hafiz yang benar-benar pakar dan mantap dari segi bacaan dan hafazan. Hafiz tadi akan dapat membaca keseluruhan Al-Quran sebagaimana ia membaca surah Fatihah. Proses pengulangan dan kepakaran ini hanya mengambil masa selama 9 bulan 10 hari sahaja. Sijil Tahfiz Al-Quran hanya akan dikeluarkan kepada pelajar setelah ia menamatkan kursus Pakar Tahfiz dengan jayanya.