Muqaddimah
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan semesta alam dan Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan sekelian sahabat-sahabat baginda yang telah berkorban dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T yang suci murni.
Menyedari akan kepentingan pendidikan atau ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama Islam (Addiniah) yang menjamin kejayaan dunia dan akhirat, maka kami telah mengambH inisatif dan tanggungjawab untuk menubuhkan (sebuah madrasah Tarbiah dan Islah melalui Al-Quran iaitu dengan cara memenuhkan masa belajar mengenal, membaca, menghafaz dan menghayatinya serta mempelajari ilmu Fardhu `Ain buat persiapan beribadah dan diselitkan sedikit ilmu akademik sebagai asas untuk anak-anak yang bermasaalah seperti malas dan selalu ponteng sekolah dan yang tidak dapat dikawal oleh ibubapa.
A1-Quran sumber motivasi diri, oleh itulah kami membawa pendekatan ini kepada mereka agar tidak terus terbiar tanpa diisikan dengan ilmu pengetahuan khususnya Al-Quran dan As-Sunnah terlebih dahulu.